Keusahawanan
Produk Makanan yang dipromosikan menggunakan Facebook
Antara produk makanan yang diusahakan oleh Puan Siti Zainab yang mendapat sambutan di Facebook. Kesemua produk makanan ini mempunyai pelanggan tetapnya. Tambahan pula, beliau menggunakan ramuan tertentu untuk menghasilkan produk makanannya terutama untuk mi karinya. Untuk sebarang tempahan, beliau boleh di hubungi di talian 0148884917.
Ainu Zubaidah
Cik Ainu Zubaidah merupakan usahawan dalam talian yang menjual produk-produk makanan seperti kek coklat, dan mee kari. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan dan berhasrat untuk mempromosikan servis penghantaraan makanannya ke atas talian. Beliau akan mengambil tempahan pada masa tertentu. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau di talian 019-8240942
Lonatita Ak Bujus
Puan Lonatita merupakan usahawan dalam talian yang menjual produk-produk kesihatan dan juga produk kebersihan dalam talian. Beliau juga merupakan salah seorang penduduk Kampung Semban yang berdekatan dengan PI BengohBeliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan di awal pembukaan PI Bengoh. Antara produk kesihatan yang dijual ialah Min Kaffe, EzClean, produk kesihatan Maharani dan sebagainya. Beliau boleh dihubungi di talian 012 851 7006. Beliau menggunakan facebokk dan aplikasi Whatsapp untuk mempromosikan produk jualan.
Nurul Annisha Binti Hajamat
Nurul Annisha adalah salah seorang ahli Pusat Internet 1 Malaysia Bengoh yang berusia berusia 20 tahun. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan dan berhasrat untuk membuka kedainya sendiri. Sebelum ini, beliau hanya menjalankan perniagaan dari mulut ke mulut tanpa sebarang promosi menggunakan media massa.
Beliau mula menggunakan facebook,whatssapp dan instagram sebagai medium untuk mempromosikan produk kecantikan seperti alatan makeup khususnya. Beliau juga menerima tempahan melalui online sahaja.
Dayang Noraisah Binti Awang Aron
Dayang Noraisah binti Awang Aron adalah salah seorang ahli Pusat Internet 1 Malaysia Bengoh yang berusia berusia 25 tahun. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan dan berhasrat untuk mempelbagaikan jenis produknya. Beliau menjual minuman jamu yang dibuat sendiri tanpa bahan pengawet. Produk jamu beliau ialah air asam kunyit. Sebelum ini, beliau hanya menjalankan perniagaan dari mulut ke mulut tanpa sebarang promosi. Beliau mula menggunakan facebook,whatssapp sebagai medium untuk mempromosikan produk kesihatan (air kunyit). Beliau banyak menerima tempahan melalui online.