Rekreasi Dan Pelancongan
KIYAU Stay & Campsite - Kampung Sapit
Kiyau Stay dan Campsite merupakan sebuah inap desa tempatan yang menawarkan pengalaman berkhemah di salah sebuah kampung di dalam Puncak Borneo. Aktiviti berkhemah atau juga Glamping sudah semakin menjadi trend terkini dalam masyarakat kita sekarang. Kiyau Stay dan Campsite bukan sahaja menawarkan pengalaman berkhemah yang menarik tetapi juga memukau dengan pemandangan atas langit.
Kampung Sapit yang turut dikenali dengan gelaran “Village above the cloud” mengambarkan pemandangan awan yang mempersona dan kelihatan seolah-olah kita memandang lautan awan yang berada dibawah tapak perkhemahan tersebut.
Turut disediakan adalah pakej makanan tempatan dan kemudahan lain yang sesuai untuk pengunjung yang ingin mencari aktiviti riadah yang menenangkan. Aktiviti ini juga sesuai untuk seisi keluarga atau jika anda mencari kawasan yang luas untuk melakukan aktiviti berkumpulan. KIYAU Stay dan Campsite menyediakan tapak perkhemahan dan bilik inap desa untuk pengunjungnya.
Anda boleh lawati facebook page mereka iaitu KIYAU Stay & Campsite - Kampung Sapit untuk tempahan tapak perkhemahan dan maklumat lanjut.
Kampung Sapit Padawan, Kuching - Sarawak https://maps.app.goo.gl/eKQjNQ8bttgJ7Pqe6
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Penot Borneo Homestay – Inap Desa
Penot Borneo Homestay merupakan sebuah inap desa yang terletak di dalam kawasan perhutanan Puncak Borneo, Kampung Git. Ia menawarkan suasana yang tenang dan “lives with nature” apabila pemandangan sekelilingnya dikelilingi oleh hutan, alam, flora dan fauna.
Kabin yang disediakan memiliki kemudahan tandas dan pantry sendiri. Tapak perkhemahan juga disediakan bagi yang ingin menikmati perkhemahan di dalam hutan. Selain itu, turut disediakan adalah kemudahan barbeque dan set karaoke.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati facebook page mereka sendiri.
Penot Borneo Homestay
https://www.facebook.com/profile.php?id=100086484570307
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Perrez Riverside – Berkelah Dan Berkhemah
Perrez Riverside merupakan sebuah tarikan tempatan yang menawarkan fasiliti dan aktiviti beriadah seperti berkelah dan berkhemah di tepi sungai. Kawasan ini terletak di jalan Puncak Borneo. Aktiviti riadah seperti berkelah dan berkhemah sudah menjadi suatu aktiviti keluarga dan berkumpulan yang disukai oleh para pengunjung. Ia sudah menjadi satu aktiviti bagi masyarakat kita untuk meluangkan masa dengan aktiviti berenang di sungai, barbeque dan berkelah di tepi sungai.
Perrez Riverside menyediakan tapak untuk berkelah, berkhemah dan juga memanggang yang sesuai untuk digunakan sebagai aktiviti mereka. Turut disediakan adalah tandas, dan tempat makan untuk pengunjung yang datang. Aktiviti ini sesuai untuk seisi keluarga dan aktiviti berkumpulan yang lain. Tempat meletak kereta yang luas turut disediakan kepada para pengunjung.
Anda boleh lawati facebook page mereka iaitu Perrez Riverside untuk tempahan tapak perkhemahan dan maklumat lanjut.
Perrez Riverside
https://maps.app.goo.gl/rjYjTWa6tFH44BS79
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Borneo Highlands Resort
Borneo Highlands Resort merupakan salah satu pusat rekreasi dan pelancongan yang terdapat di kawasan ini. Jarak dari Bengoh Resetlement Scheme ialah sejauh 28 kilometer. Ia merupakan tempat yang sesuai untuk kita beralih sebentar daripada kesibukan kota. Pemandangan yang meliputi keindahan alam semulajadi merupakan salah satu daya tarikan di sini. Mereka juga menawarkan pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan.