Pendidikan
SK TABA SAIT, PADAWAN
Sekolah ini mula beroperasi pada 2 Januari 2014 di tapak baru iaitu bekas Syarikat NAIM CENDRA. Pada asalnya, sekolah itu terletak di antara Kampung Sait dan Kampung Bojong dan telah ditubuhkan pada tahun 1969. Sekolah beroperasi selama 44 tahun kerana pada 31 Disember 2013 sekolah telah dipindahkan ke lokasi sekarang untuk memberi laluan bagi pembinaan Empangan Bengoh.
Bangunan sekolah ini terdiri daripada kelas Tahun 1 hingga Tahun 6, Bilik RMT, Pusat Sumber dan Prasekolah. Seramai 14 orang staff yang berkhidmat di SK Taba Sait yang diterajui oleh Encik Jameson Simod selalu Guru Besar. Jumlah keseluruhan murid-murid di sekolah ini adalah sebanyak 73 orang. Murid-murid ini terdiri daripada murid Kampung Sait, Kampung Bojong, Kampung Semban dan Kampung Rejoi.