Aktiviti Petang - Zumba
28 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Jumaat, 27 September 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Aktiviti bersenam iaitu Zumba. Seramai 5 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 5 tahun ke 9 tahun telah menyertai program ini. Program ini berlangsung selama 30 minit iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 2:30 petang.
Langkah tarian kami pelajari dari laman Youtube. Youtube mempunyai pelbagai video dengan lagu dan langkah tarian yang mudah dan senang untuk diikuti. Objektif aktiviti ini adalah untuk menggalakkan para kanak-kanak meluangkan waktu petang dengan aktiviti senaman ringan dan menyeronokkan.
Turut dikongsikan adalah kempen "Klik Dengan Bijak: Siber Buli". Diharapkan maklumat yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: