Program Advokasi KDB - Kempen Klik dengan Bijak Sempena Hari Malaysia
22 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 21 September 2024, NADI Bengoh telah mengadakan satu Program Advokasi Klik Dengan Bijak yang melibatkan penglibatan lebih kurang 19 orang kanak-kanak tempatan.
Program dimulakan dengan perkongsian slide Advokasi, Klik dengan Bijak oleh staff NADI Bengoh dan seterusnya dengan kuiz serta senam aerobik yang mempunyai tarian yang mudah untuk diikuti oleh para murid tersebut.
Objektif program ini diadakan adalah untuk berkongsi mengenai Topik Oversharing: Perkongsian dalam media sosial yang berlebihan sehingga mengundang pelbagai permasalahan. Di dalam perkongsian ini, murid didedahkan dengan jenis jenayah siber, faktor dan tips untuk mencegah dan juga apa yang harus mereka lakukan jika mereka menghadapi masalah ini.
Setiap isu yang dikongsi, kami juga kaitkan dengan topik utama iaitu siber buli. Oversharing boleh mengundang kepada buli di dalam internet. Penyebaran maklumat palsu mengenai individu adalah satu bentuk fitnah yang merupakan salah satu siber buli. Dan penyalahgunaan kemudahan Internet membawah kepada jenayah buli dan jenaya siber yang lain.
Sebelum mengakhiri program kami, kami telah mengadakan satu permainan ringkas untuk para murid dan ada juga sesi soal jawab untuk menguji sejauh mana kefahaman para murid tentang topik yang kami kongsikan. Kami juga menawarkan pendaftaran keahlian secara percuma kepada peserta muda kami untuk menggalakkan keaktifan mereka sebagai pengguna NADI.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada setiap peserta dan kami pihak NADI mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan kami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: