Aktiviti Hujung Minggu - Zumba
16 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Ahad, 15 September 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Aktiviti bersenam iaitu Zumba. Seramai 7 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 5 tahun ke 12 tahun telah menyertai program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.
Untuk aktviti ini, kami mempelajari langkah tarian dari Youtube. Youtube mempunyai pelbagai video dengan lagu dan langkah tarian yang mudah dan senang untuk diikuti.
Objektif kelas dan permainan ini dimainkan adalah untuk menggalakkan para kanak-kanak dengan aktiviti bersenam yang ringan dan menyeronokkan. Melalui permainan ini juga, mereka mengisi waktu petang dengan aktiviti yang berfaedah.
Turut dikongsikan adalah kempen "Klik Dengan Bijak: Siber Buli". Diharapkan maklumat yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: