Menjawab Peperiksaan dalam Talian
7 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Jumaat, 6 September 2024, seorang lelaki tempatan datang ke NADI Bengoh untuk menggunakan kemudahan komputer dan akses internet yang disediakan. Peperiksaan dalam talian tersebut telah berlangsung dari pukul 9 pagi sehingga jam 10:30 pagi.
Kehadirannya di sini adalah untuk menjawab peperiksaan dalam talian bagi peluang pekerjaan. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), yang disediakan oleh kerajaan, banyak membantu penduduk luar bandar dalam mendapatkan kemudahan digital dan akses internet yang diperlukan.
Turut disertakan adalah kempen "Klik Dengan Bijak: Kenali Scam". Diharapkan setiap ilmu dan maklumat yang dikongsi akan memberi manfaat kepada peserta di masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: