Kelas E-Learning – Mathematik
7 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Jumaat, 6 September 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas E-learning: Mathematik. Seramai 6 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 9 dan 12 tahun telah menyertai program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:30 petang.
Para peserta diberi kuiz dalam talian yang disediakan di dalam sebuah lama sesawang, “Giant Hamster Run”. Terdapat pelbagai permainan dalam talian yang disediakan dengan konsep sains, astronomi dan kejuruteraan. Permainan yang mereka cuba kali ini adalah “Math Quiz”. Ia mempunyai pelbagai jenis bahagian dan peringkat yang sesuai untuk mereka terokai dan jawab bersama.
Objektif kelas dan permainan ini dimainkan adalah untuk menguji kecerdasan dan pemahaman mereka dalam subjek Mathematik. Melalui permainan ini, mereka juga terlatih dan mengisi waktu petang dengan aktiviti yang berfaedah.
Turut dikongsikan adalah kempen "Klik Dengan Bijak: Siber Buli". Siber buli sering berlaku kepada pengguna media sosial tanpa mengira usia. Kami berharap melalui perkongsian ini, mereka akan lebih berhati-hati dalam penggunaan media sosial. Diharapkan maklumat yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: