Kelas Soft Skills – Menjawab Kuiz

4 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 3 September 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas Soft skills iaitu menjawab kuiz. Seramai 10 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 6 ke 11 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.

Para peserta diberi kuiz dengan dua bahagian iaitu mencari objek tersembunyi di dalam gambar dan perkataan tersembunyi dengan kertas cetakan yang disediakan. Objektif pembelajaran ini adalah untuk mengasah kepekaan peserta muda kita dalam menyelesaian sesuatu permasalahan.

Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Oversharing”. Penggunaan sosial media dalam kalangan kanak-kanak semakin banyak. Pemantauan dan pendedahan akan bahayanya media sosial harus dikongsi bersama sebagai kesedaran kepada mereka. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali