Aktiviti Senam Aerobik
29 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 28 Mei 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program petang bersama dengan kanak-kanak tempatan. Dalam aktiviti ini, seramai 3 orang kanak-kanak berusia dalam ringkungan 5 hingga 10 tahun telah menyertai. Aktiviti ini telah berlangsung selama 30 minit, bermula pada pukul 2:30 petang ke 3:00 petang.
Aktiviti dimulakan dengan senam aerobik menggunakan lagu “Aram Sam Sam” dimana para peserta digalakkan untuk menari dan mengikut rentak tarian mengikuti video yang ditunjukkan. Untuk memeriahkan lagi aktiviti ini, kami juga turut menyertai senam aerobik tersebut serta membimbing langkah para peserta muda kita.
Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk menggalakkan minat bersenam dalam kalangan kanak-kanak dalam bentuk tarian dan muzik. Para peserta muda turut dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Berita Palsu”.
Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: