Kelas ICT: Word – Mereka Kad Ucapan Sempena Hari Ibu
28 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 27 Mei 2024, NADI Bengoh telah mengadakan satu program ICT iaitu Kelas ICT: Word – Mereka Kad Ucapan Sempena Hari Ibu. Dalam aktiviti ini, seramai 2 orang kanak-kanak tempatan berusia dalam ringkungan 9 hingga 10 tahun telah sertai Kelas ICT ini yang berlangsung selama 1 jam, bermula pada pukul 2:00 petang ke 3:00 petang.
Kelas ICT yang diadakan ini adalah Word iaitu satu software yang sering digunakan untuk membuat surat rasmi, karangan dan lain-lain yang boleh digunakan oleh semua peringkat usia dan secara meluas, samada dalam bidang kerjaya ataupun peringkat sekolah. Menggunakan komponen asas dan “tools” di dalam software tersebut terlebih dahulu. Mereka mula mereka dengan bentuk “Love”yang besar dan diiringi dengan ucapan untuk si ibu yang tercinta.
Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam mengenali software asas di dalam komputer yang boleh digunakan untuk mereka mereka dan mengarang dengan hanya menggunakan software asas yang ada didalam komputer. Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan waktu petang selepas waktu persekolahan dengan lebih berfaedah dalam mengenali dan kegunaan software yang dapat memudahkan mereka suatu masa nanti.
Di akhir aktiviti ini, turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: