Kelas E-Learning – Giant Hamster Run

26 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 25 Mei 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas E-learning. Seramai 3 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 10 ke 11 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.

Aktiviti dimulakan dengan menggunakan laman “Giant Hamster Run” iaitu laman yang menyediakan banyak permainan dalam talian yang berbentuk Pendidikan. Permainan yang peserta kita cuba kali ini adalah “Giant Hamster Run” dimana peserta dikehendaki untuk mengumpul duit syiling emas dengan banyak dan laju sambil cuba melepasi halangan yang disediakan.

Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Ini agar para peserta muda kita lebih berhati-hati akan kesan negatif dari penggunaan sosial media. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali