Kelas E-Learning dan Soft Skills

25 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat, 24 Mei 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas E-learning. Seramai 7 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 8 ke 12 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:30 petang.

1) MENJAWAB KUIZ
Aktiviti dimulakan pula dengan menjawab kuiz dalam talian melalui laman sesawang Wordwall.net. Kuiz yang mereka jawab adalah kuiz mengenai “Kemerdekaan”. Objektif program ini diadakan adalah untuk pengetahuan tentang Kemerdekaan dan memupuk semangat perpaduan dalam diri mereka, sebagai generasi muda negara kita.

2) GIANT HAMSTER RUN
Aktiviti diteruskan juga dengan menggunakan laman “Giant Hamster Run” iaitu laman yang menyediakan banyak permainan dalam talian yang berbentuk Pendidikan. Antara permainan yang dimainkan oleh para peserta kita adalah “Ghost: Type the Letter” dimana peserta dikehendaki menaip abjad yang muncul menggunakan papan kekunci. Peringkat permainan ini adalah peringkat agak tinggi kerana mereka harus menaip lengkap sebuah perkataan untuk menyelesaikannya.

Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Oversharing”. Penggunaan sosial media dan internet sudah menjadi satu kegunaan yang wajib dalam kehidupan kita. Oleh itu, pemantauan adalah harus untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa siber buli. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali