Kelas Soft Skills – Origami Katak

26 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 25 March 2024, NADI Bengoh telah mengadakan aktiviti soft skills iaitu Origami Katak. Seramai 13 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 6 ke 11 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:30 petang.

1) SENAM -AEROBIK
Aktiviti dimulakan dengan aktiviti senam -aerobik yang menggunakan lagu “A ram sam sam” dan “Chicken dance”. Kedua-dua lagu ini sangat popular dalam kalangan kanak-kanak. Ia mempunyai rentak tarian yang mudah dan irama lagu yang lancak. Senaman tarian ini dilakukan sebagai satu cara untuk menggalak kanak-kanak bersenam dalam cara yang menyeronokkan bersama rakan-rakan mereka.

2) ORIGAMI KATAK
Aktiviti diteruskan pula dengan aktiviti origami katak. Dengan menggunakan carian dalam Youtube, tutorial membuat origami katak. Peserta muda kanak-kanak kami dapat menghasilkan sebuah origami katak. Penghasilan origami ini bukan sahaja mengasah kreativiti mereka tetapi turut memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong dalam kalangan mereka.

Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Penggunaan sosial media dan internet sudah menjadi satu kegunaan yang wajib dalam kehidupan kita. Oleh itu, untuk pengguna muda seperti kanak-kanak ini, pemantauan adalah harus untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa siber buli. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali