Kelas E-Learning – Giant Hamster Run

24 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 23 March 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas E-learning – Giant Hmaster Run. Dalam program ini, dua orang kanak-kanak pra-sekolah telah terlibat. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi.

Dalam aktiviti ini, peserta mud akita didedahkan dengan penggunaan komputer dan permainan dalam talian yang boleh menarik minat mereka sekali gus melatih kreativiti mereka serta kelincahan mereka dalam penggunaan asas komputer seperti papan kekunci dan tetikus. Melalui permainan, “Make a Cake” dan “Make a house”, peserta kanak-kanak kita menunjukkan minat dan motivasi dalam pembelajaran ini serta berupaya memahami bentuk permainan tersebut sendiri.

Objektif pembelajaran ini adalah untuk mengasah kreativiti para peserta muda kita dalam menyelesaikan misi di dalam permainan talian tersebut. Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Pemantauan terhadap penggunaan sosial media atau platform secara talian haruslah dipantau dan dikawal. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali