Aktiviti Cuti Sekolah – Soft Skills

24 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 23 March 2024, NADI Bengoh telah mengadakan aktiviti cuti hujung minggu. Seramai 17 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 6 ke 11 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:30 petang.

1) SENAM -AEROBIK
Aktiviti dimulakan dengan aktiviti senam -aerobik yang menggunakan lagu “A ram sam sam” dan “Chicken dance”. Kedua-dua lagu ini sangat popular dalam kalangan kanak-kanak. Ia mempunyai rentak tarian yang mudah dan irama lagu yang lancak. Senaman tarian ini dilakukan sebagai satu cara untuk menggalak kanak-kanak bersenam dalam cara yang menyeronokkan bersama rakan-rakan mereka.

2) MEWARNA “BACK TO SCHOOL”
Aktiviti diteruskan pula dengan aktiviti mewarna. Bersempena dengan sesi persekolahan yang baru sahaja bermula awal bulan ini. Kami menyediakan aktiviti berwarna bertemakan “Back to School”. Dalam aktiviti ini bukan sahaja mengasah kreativiti mereka untuk berseni tetapi juga memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan mereka.

Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Penggunaan sosial media dan internet sudah menjadi satu kegunaan yang wajib dalam kehidupan kita. Oleh itu, untuk pengguna muda seperti kanak-kanak ini, pemantauan adalah harus untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa siber buli. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali