Kelas Bahasa Melayu
20 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 19 March 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas Bahasa Melayu. Seramai 3 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 10 ke 11 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 30 minit iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 2:30 petang.
Objektif pembelajaran ini adalah untuk mengulang kaji subjek bahasa Malaysia itu, sekaligus memanfaatkan waktu petang dengan aktiviti yang berfaedah. Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Oversharing”. Penggunaan sosial media dan internet sudah semakin norma masyarakat kita dan pengguna muda seperti kanak-kanak ini tidak terkecuali.
Oleh itu, pemantauan adalah harus untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa siber buli dan jenayah siber yang lain. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: