Kelas E-Learning dan Soft Skills
19 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 18 March 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas E-learning dan soft skills. Seramai 5 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 9 ke 11 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.
1) GIANT HAMSTER RUN
Aktiviti dimulakan dengan menggunakan laman “Giant Hamster Run” iaitu laman yang menyediakan banyak permainan dalam talian yang berbentuk Pendidikan. Antara permainan yang dimainkan oleh para peserta kita adalah “Type the Letter” dimana peserta dikehendaki menaip abjad yang muncul menggunakan papan kekunci. Setelah itu, permainan dalam talian yang dimainkan juga adalah “Balloon Subtraction” iaitu permainan matematik. Permainan ini memerlukan peserta untuk menjawab soalan tolak dengan meletupkan bilangan belon.
2) MENJAWAB KUIZ
Aktiviti diteruskan pula dengan menjawab kuiz bahasa Malaysia. Soalan yang disediakan adalah soalan asas penggunaan bahasa melayu dalam kehidupan seharian, seperti kata kerja dan adjektif. Objektif program ini diadakan adalah untuk membantu para peserta muda kita meluangkan masa dengan baik dan berfaedah. Sekali gus, mengasah kreativit mereka.
Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Penggunaan sosial media dan internet sudah menjadi satu kegunaan yang wajib dalam kehidupan kita. Oleh itu, untuk pengguna muda seperti kanak-kanak ini, pemantauan adalah harus untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa siber buli. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: