Kelas STEM IOT dan E-Learning

6 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 5 March 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas Stem IOT dan E-learning. Seramai 6 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 8 ke 11 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:30 petang.

1) GIANT HAMSTER RUN
Aktiviti dimulakan dengan menggunakan laman “Giant Hamster Run” iaitu laman yang menyediakan banyak permainan dalam talian yang berbentuk Pendidikan. Antara permainan yang dimainkan oleh para peserta kita adalah “Water the flower” dimana peserta dikehendaki berfikir bagaimana mengusun paip air yang akan disalurkan kepada ikon bunga di dalam permainan itu.

2) MENJAWAB KUIZ BERGAMBAR
Aktiviti diteruskan pula dengan menjawab kuiz bergambar yang telah. Terdapat dua bahagian iaitu mencari perkatan tersembunyi dan mencari objek tersembunyi di dalam cetakan bergambar yang disediakan.

3) SENAM -AEROBIK
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti senam -aerobik yang menggunakan lagu “A ram sam sam”. Sebuah lagu senaman yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak. Ia mempunyai rentak tarian yang mudah dan irama lagu yang lancak.

Objektif pembelajaran ini adalah untuk mengasah kreativiti para peserta muda kita dalam menyelesaian sesuatu permasalahan dan melatih kepekaan mereka terhadap objek tersembunyi di dalam sesuatu gambar. Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Penggunaan sosial media dan internet sudah menjadi satu kegunaan yang wajib dalam kehidupan kita. Oleh itu, untuk pengguna muda seperti kanak-kanak ini, pemantauan adalah harus untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa siber buli. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali