Kelas ICT: Mengemaskini Maklumat

22 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat, 21 Jun 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas ICT iaitu mengemaskini maklumat secara online kepada seorang wanita tempatan. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pukul 10:30 pagi sehingga 12:00 tengah hari.

Seiring dengan objektif kerajaan dalam merapatkan jurang digitalisasi antara luar bandar dan bandar, pengemaskinian maklumat juga boleh dilakukan secara dalam talian. Melalui laman sesawang, https://idme.moe.gov.my/login, para ibubapa boleh mengisi dan mendaftar persekolahan anak-anak mereka secara dalam talian, tanpa perlu mengisi boring di sekolah. Ini bukan sahaja memudahkan para ibubapa, tetapi juga memastikan setiap maklumat boleh dikemaskini secara dalam talian sahaja.

Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu “oversharing” kepada beliau. Bahaya terlebih berkongsi maklumat peribadi di media sosial yang boleh mengancam diri dan ahli keluarga. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali