Kelas ICT – Kenali Aplhabet

15 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat, 14 Jun 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas ICT kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 10-12 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:00 petang.

Dengan menggunakan laman Giant Hamster Run, yang merupakan laman E-pembelajaran, ia mempunyai pelbagai permainan dalam talian yang berunsurkan pendidikan. Melalui permainan “Alphabet Bingo”, para peserta dikehendaki mengenalpasti abjab yang disebutkan untuk menyelesaikan permainan tersebut dengan melengkapkan perkataan “Bingo”. Melalui perbelajaran ini, para peserta bukan sahaja didedahkan dengan bentuk pembelajaran yang menarik, tetapi juga dapat meluangkan masa dengan berfaedah.

Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu Oversharing terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang semakin aktif dengan penggunaan gadjet dan sosial media.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali