Kelas E-Learning: Matematik

12 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 11 Jun 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas E learning dan menjawab kuiz online kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 10-12 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:00 petang.

Dengan menggunakan laman Giant Hamster Run, yang merupakan laman E-pembelajaran, ia mempunyai pelbagai kuiz dan permainan dalam talian yang berunsurkan pendidikan. Melalui permainan “Clear it Addition”, para peserta dikehendaki menambah beberapa angka menjadi satu jumlah untuk menjawab hasil tambah. Pembelajaran ini bukan sahaja menguji minda mereka dalam menjawab kuiz matematik tetapi juga mengajar mereka bagaimana menggunakan teknologi komputer untuk menjawab kuiz online.

Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu siber buli dan buli dalam kalangan kanak-kanak supaya mereka berhati-hati menggunakan platform ini dan berfikir sebelum posting.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali