Kelas Soft Skills – Menjawab Kuiz
30 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 29 April 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas Soft skills iaitu menjawab kuiz. Seramai 6 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 10 ke 12 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.
Para peserta diberi soalan yang mempunyai 2 bahagian iatu mencari perkataan tersembunyi. Setiap perkataan yang tersembunyi berada dalam kedudukan yang sukar untuk dikenalpasti. Objektif pembelajaran ini adalah untuk mengasah kreativiti para peserta muda kita dalam menyelesaian sesuatu permasalahan dan melatih kepekaan mereka terhadap perkataan tersembunyi di dalam sesuatu gambar.
Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Oversharing”. Penggunaan sosial media dalam kalangan kanak-kanak sudah menjadi salah satu norma. Jadi, mereka haruslah dipantau dan dibimbing terutamanya apabila berkongsi maklumat peribadi di sosial media. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: