Kelas E-Learning – Giant Hamster Run
27 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Jumaat, 26 March 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas E-learning. Seramai 5 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 10 ke 11 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.
Aktiviti dimulakan dengan menggunakan laman “Giant Hamster Run” iaitu laman yang menyediakan banyak permainan dalam talian yang berbentuk Pendidikan. Permainan yang peserta celik kita cuba kali ini adalah “Find the Technology” dimana peserta dikehendaki untuk mencari objek tersembunyi di dalam ruangan yang penuh dengan gajet. Apabila teknologi yang tersebut berjaya ditemui, ada kuiz objektif mengenai fungsi teknologi tersebut untuk menyelesaikan pusingan tersebut. Permainan diteruskan juga dengan permainan berunsurkan subjek matematik iaitu “Clear it : Addiction” yang memerlukan peserta untuk mengenalpasti hasil tambah antara nombor untuk menyelesaikan soalan yang diberikan.
Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Penggunaan sosial media dan internet sudah menjadi satu kegunaan yang wajib dalam kehidupan kita. Oleh itu, untuk pengguna muda seperti kanak-kanak ini, pemantauan adalah harus untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa siber buli. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: