Kelas Soft Skills – Origami Rama-Rama

9 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 8 April 2024, NADI Bengoh telah mengadakan aktiviti soft skills iaitu Origami Rama-rama. Seramai 10 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 9 ke 13 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.

Dengan menggunakan carian dalam Youtube, tutorial membuat origami Rama-rama telah dipertontonkan kepada para peserta untuk membantu mereka memahami langkah demi langkah lipatan kertas untuk menghasilkan origami rama-rama. Penghasilan origami ini bukan sahaja mengasah kreativiti mereka tetapi turut memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong dalam kalangan mereka.

Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Penggunaan sosial media dan internet sudah menjadi perkara asas dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, adalah penting pemantauan dari orang dewasa terutama ibubapa mereka untuk mengelakkan anak-anak muda ini daripada menjadi mangsa siber buli. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali