Kelas Stem Iot - Kenali Bahagian Daun
8 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 7 Mei 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas STEM IOT – Kenali Bahagian Daun. Seramai 4 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 10 ke 12 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.
Aktiviti dimulakan dengan mencari beberapa helaian daun dari tumbuhan berbeza yang tumbuh di sekeliling bangunan NADI. Peserta kemudian dikehendaki melukis atau melakar daun tersebut di atas kertas. Setiap bentuk dan urat pada helaian daun tersebut haruslah dilukis sambil dibimbing oleh staff NADI.
Objektif dari pembelajaran ini adalah untuk memahami bahagian daun dan fungsi daun dalam proses photosynthesis. Tumbuhan menyerap karbon dioksida dan cahaya matahari untuk kelangsungan hidup. Fungsi tumbuhan sebagai pembekal oksigen kepada kehidupan di bumi memainkan peranan yang sangat penting, bukan sahaja untuk mengawal suhu haba semasa, tetapi juga keseimbangan alam.
Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Penggunaan sosial media dan internet dalam kalangan pengguna muda seperti kanak-kanak ini, memerlukan pemantauan dan pendedahan tentang keburukan media sosial, untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa siber buli. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: