Kelas Ict Microsoft Word: Pakar Table

29 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan kelas Microsoft Word iaitu Pakar Table pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh 2 orang peserta. Peserta mempelajari penggunaan table dalam membuat jadual dan menggunakan pelbagai aturan table. Peserta juga diajar mengenai cara editan table yang betul serta memudahkan para peserta untuk menyiapkan tugasan.

Setelah peserta diberikan tunjuk ajar, peserta diberikan tugasan yang perlu disiapkan dalam kelas. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar.

Selain itu, kami dedahan modul KDB: Buli Siber. Kami kongsikan antara contoh-contoh perlakuan yang dikategorikan sebagai pembulian siber dan tip keselamatan elak menjadi mangsa buli siber.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali