Kelas Stem-Iot - Stem Games
28 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu, 27 Julai 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas STEM-IOT iaitu Stem Games. Seramai 2 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 9 dan 10 tahun telah menyertai program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.
Aktiviti dimulakan dengan menggunakan laman “Engineering.com” iaitu laman yang menyediakan permainan berkonsepkan sains dan kejuruteraan. Permainan yang peserta kita cuba kali ini adalah “Bridge Designer”, dimana peserta dikehendaki untuk mereka jambatan yang kukuh bagi avatar di dalam permainan tersebut lintas ke tebing yang lain.
Objektif kelas dan permainan ini dimainkan adalah untuk menguji kecerdasan dan kreativiti pemain dalam melepasi setiap peringkat di dalam permainan tersebut.
Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Ini agar para peserta muda kita lebih berhati-hati akan kesan negatif dari penggunaan sosial media. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: