Bengkel Kemahiran Digital Usahawan Desa

21 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 20 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Bengkel Kemahiran Digital Usahawan Desa bersama tenaga pengajar, Encik Bong Yang. Turut menyertai kami adalah Encik Mohd Hizir, Pegawai Pelancongan Malaysia. Program ini telah disertai seramai 17 orang usahawan tempatan yang mengusahakan inap desa, campsite, picnic site, makanan, dan produk tempatan.

Program ini telah berlangsung selama 7 jam. Dimana, Encik Yang mengenal pasti masalah dan cabaran para usahawan kita dalam kawasan Padawan ini. Dari permasalahan tersebut beliau mengagih peserta dalam empat kumpulan yang berbeza dan memberi topik untuk mereka bincangkan. Objektif aktiviti ini dilakukan adalah agar para peserta berpeluang menyuarakan pendapat dan cabaran mereka, serta menyelesaikan masalah ini bersama.

Setiap aktiviti berkumpulan yang dilakukan, memerlukan komunikasi dan perkongsian pendapat dari pelbagai aspek. Setiap peserta diberi peluang untuk berkongsi cabaran dan masalah yang mereka hadapi. Dan, masalah tersebut akan dibincangkan bersama rakan-rakan yang lain, yang saling mempunyai pendapat sendiri.

Setelah itu, program diteruskan pula oleh En. Mohd Hizir yang berkongsikan tentang bantuan dan inisiatif kerajaan dalam membantu usahawan tempatan untuk memajukan inap desa, tempatan pelancongan, tempat berkhemah dan lain-lain. Malahan, dengan kerjasama bersama, sesebuah kawasan yang berpotensi juga boleh dapatkan bantuan seperti jalan raya dan titian untuk memastikan kawasan tarikan pelancong dalam Padawan dapat dinaik tarafkan.

Objektif program ini dilakukan adalah untuk membantu usahawan tempatan yang mengusahakan inap desa, kampungstation dan lain-lain. Dengan berkembangnya industri pelancongan kita, maka ia juga dapat membantu sektor lain seperti makanan, produk kraftangan, produk tempatan seperti kopi dan lada, serta yang lain-lain.

Diakhir program, kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Dan, melalui kenalan baru, mereka akan bersama-sama memajukan industri pelancongan tempatan bersama. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali