Kelas E-Learning – Giant Hamster Run Dan Andy’s Golf

16 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 15 Julai 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas E-learning. Seramai 2 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 9 dan 10 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.

Aktiviti dimulakan dengan menggunakan laman “Giant Hamster Run” iaitu laman yang menyediakan banyak permainan dalam talian yang berbentuk Pendidikan. Permainan ini adalah permainan “Giant Hamster Run” dimana peserta dikehendaki untuk mengumpul duit syiling emas dengan banyak dan laju sambil cuba melepasi halangan yang disediakan. Permainan seterusnya yang mereka cuba adalah Andy’s Golf yang memerlukan kawalan tetikus yang baik untuk membuat balingan bola golf dan mengumpul mata.

Objektif permainan ini adalah untuk melatih kawalan tetikus dan penggunaan papan kekunci, sekaligus memahami penggunaan teknologi komputer secara asas.
Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali