Kelas ICT: Words – Menyediakan Surat Rasmi
11 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu lalu,10 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program ICT iaitu Kelas ICT: Words – Menyediakan Surat Rasmi. Dalam aktiviti ini, peserta kita adalah seorang penduduk tempatan yang ingin belajar menggunakan Words untuk menyediakan surat rasmi untuk urusan rasmi beliau. Kelas telah berlangsung selama 1 jam, bermula pada pukul 11:30 ke 12:30 tengah hari. Peserta didedahkan dengan asas dan “tools” di dalam words terlebih dahulu. Kemudian, peserta dibimbing tentang format surat rasmi yang bersesuai untuk urusan rasminya seperti alamat penerima, subjek dan pembuka pengenalan yang betul.
Peserta juga turut dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Semak Fakta” yang turut dikongsikan semasa program dijalankan agar peserta kita menjadi lebih berhati-hati apabila menggunakan media sosial. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam mengenali komponen asas dalam Microsoft words yang dapat memudahkan urusan kerja, sekolah mahupun urusan professional. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: