Kelas ICT: Pengenalan Kepada Words

11 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu lalu,10 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program ICT iaitu Kelas ICT: Pengenalan kepada Words. Dalam aktiviti ini, peserta kita adalah seorang pelajar tingkatan 5 yang ingin belajar menggunakan Words untuk menyiapkan tugasan sekolah dan menyediakan surat rasmi sempena cuti sekolah yang diambil. Kelas telah berlangsung selama 1 jam, bermula pada pukul 12:00 ke 1:00 tengah hari. Peserta didedahkan dengan komponen asas dan “tools” di dalam software ini terlebih dahulu. Setelah itu, para peserta diminta untuk mencuba meneroka komponen di dalam software ini dengan mula menaip maklumat yang disediakan untuk tugasan sekolahnya.

Peserta juga dibimbing bagaimana untuk menyediakan surat rasmi dengan format yang betul. Peserta turut dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Semak Fakta” yang turut dikongsikan semasa program dijalankan agar peserta kita menjadi lebih berhati-hati semasa menyediakan tugasan sekolah, terutama maklumat pendidikan yang melibatkan fakta. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam mengenali software asas dalam komputer yang boleh digunakan untuk menaip dan mengarang secara professional selain hasil tulisan tangan. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali