Kelas ICT: Pengenalan Kepada Words

4 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 3 April 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program ICT iaitu Kelas ICT: Pengenalan kepada Words. Dalam aktiviti ini, seramai 5 orang kanak-kanak lelaki berusia dalam ringkungan 8 hingga 12 tahun telah sertai Kelas ICT ini yang berlangsung selama 2 jam, bermula pada pukul 2:00 petang ke 4:00 petang. Kelas ICT yang diadakan ini adalah Pengenalan kepada Words iaitu satu software yang digunakan untuk mengarang, menaip, membuat surat dan lain-lain yang boleh digunakan oleh semua peringkat usia dan secara meluas, samada dalam bidang kerjaya ataupun peringkat sekolah.

Para peserta didedahkan dengan komponen asas dan “tools” di dalam software ini terlebih dahulu. Setelah itu, para peserta diminta untuk mencuba meneroka komponen di dalam software ini dengan mula mengarang pengenalan diri yang ringkas sebagai satu permulaan untuk mempelajari software ini. Untuk memudahkan pemahaman kanak-kanak tersebut, papan kekunci dan fungsinya dijelaskan kegunaannya dan bagaimana untuk digunakan. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam mengenali software asas dalam komputer yang boleh digunakan untuk menaip dan mengarang secara professional selain hasil tulisan tangan.

Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan waktu petang selepas waktu persekolahan dengan lebih berfaedah dalam mengenali dan kegunaan software yang dapat memudahkan mereka suatu masa nanti. Selain itu, para peserta juga turut dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Maklumat Palsu”. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali