Kelas ICT: Mereka Kad Ucapan Sempena Hari Bapa Menggunakan Power Point

18 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu lalu,17 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program ICT iaitu Kelas ICT: Mereka Kad Ucapan Sempena Hari Bapa menggunakan Power Point. Dalam aktiviti ini, seramai 7 orang kanak-kanak tempatan berusia dalam ringkungan 9 hingga 11 tahun telah sertai Kelas ICT ini yang berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula pada pukul 2:00 petang ke 3:30 petang. Pada awalnya para peserta dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Terlebih Berkongsi” yang kini semakin terap berlaku dalam kalangan pengguna media sosial. Para peserta memberi respon yang sangat positif.

Aktiviti kemudian diteruskan dengan mencari contoh rekaan Hari Bapa di dalam Google Image, Setelah itu, para peserta diminta untuk mereka kad ucapan berdasarkan pilihan gambar dan rekaan “Hari Bapa” yang mereka suka dengan pesanan masing-masing. Para peserta kita juga turut diajar bagaimana untuk menukar jenis tulisan, saiz, warna dan mencari contoh-contoh imej seperti contoh poster melalui penggunaan enjin carian, Google. Dengan tema “Hari Bapa”, para peserta muda kita menunjukkan kreativiti masing-masing dalam mereka kad ucapan “Hari Bapa”.

Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam mengenali software asas di dalam komputer yang boleh digunakan untuk mereka kad ucapan istimewa dan mengarang dengan hanya menggunakan software asas yang ada didalam komputer. Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan waktu petang selepas waktu persekolahan dengan lebih berfaedah dalam mengenali dan kegunaan software yang dapat memudahkan mereka suatu masa nanti. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali