Program Hari Telekomunikasi Dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2023

22 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19-21 Mei 2023, ikon usahawan dari PEDi Bengoh iaitu usahawan Marvin anak Nohes di bawah nama syarikat Kede Sindok Enterprise telah menyertai pameran sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia di Merdeka Plaza yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital. Pada hari kedua pameran, usahawan Marvin anak Nohes telah menyempurnakan sesi perkongsian perkembangan perusahaan beliau.

Selain itu turut hadir bersama di pameran tersebut adalah ikon usahawan dari PEDi Quap (usahawan Winnie Copper), Pedi Pasir Pandak (usahawan Mohammad Zakaria bin Jamsari) dan PEDi PPR Taman Malihah (usahawan Yuniza Binti Yassin). Tema bagi Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2023 adalah 'Memperkasakan Masyarakat melalui Teknologi Maklumat dan Digital'. Pelaksanaan sambutan WTISD ini bagi meraikan kuasa dan pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan masyarakat. Turut terlibat badan-badan industri telekomunikasi seperti Maxis, Celcom Digi, TM, Umobile, dan Redtone.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali