Kelas ICT: Pengenalan kepada Power Point – Mereka Kad Ucapan Sempena Hari Ibu
16 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu lalu, 15 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program ICT iaitu Kelas ICT: Pengenalan kepada Power Point – Mereka Kad Ucapan Sempena Hari Ibu. Dalam aktiviti ini, seramai 8 orang kanak-kanak tempatan berusia dalam ringkungan 8 hingga 12 tahun telah sertai Kelas ICT ini yang berlangsung selama 2 jam, bermula pada pukul 10:00 pagi ke 12:00 tengah hari. Kelas ICT yang diadakan ini adalah Pengenalan kepada Power Point iaitu satu software yang digunakan untuk membuat pembentangan, tayangan slaid dan lain-lain yang boleh digunakan oleh semua peringkat usia dan secara meluas, samada dalam bidang kerjaya ataupun peringkat sekolah.
Pada awalnya para peserta dikongsi dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Buli Siber” yang kini semakin terap berlaku dalam kalangan pengguna media sosial. Penglibatan para peserta dapat dilihat apabila mereka berkongsi pengalaman dibuli dalam kalangan kawan dan di sekolah. Aktiviti kemudian diteruskan kepada pengenalan kepada Power Point iaitu komponen asas dan “tools” di dalam software tersebut terlebih dahulu. Setelah itu, para peserta diminta untuk mencuba meneroka komponen di dalam software ini dengan mereka grafik sebuah poster mudah dengan mengguna template yang ada di dalam software tersebut. Para peserta kita juga turut diajar bagaimana untuk menukar jenis tulisan, saiz, warna dan mencari contoh-contoh imej seperti contoh poster melalui penggunaan enjin carian, Google. Dengan tema “Hari Ibu”, para peserta muda kita menunjukkan kreativiti masing-masing dalam mereka kad ucapan “Hari Ibu”.
Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam mengenali software asas di dalam komputer yang boleh digunakan untuk mereka sebuah poster dan mengarang dengan hanya menggunakan software asas yang ada didalam komputer. Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan waktu petang selepas waktu persekolahan dengan lebih berfaedah dalam mengenali dan kegunaan software yang dapat memudahkan mereka suatu masa nanti. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: