Aktiviti Menjawab Kuiz Dan Teka-Teki Bergambar
18 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu, 17 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program iaitu menjawab kuiz dan teka-teki bergambar. Program bermula pada pukul 3:30 petang sehingga pukul 4:00 petang dan telah berlangsung selama 1 jam serta telah disertai oleh kanak-kanak tempatan. Aktiviti yang dijalankan adalah menjawab soalan kuiz teka-teki bergambar iaitu mencari barang tersembunyi di dalam gambar.
Kuiz disediakan dalam bentuk bergambar dan peserta dikehendaki untuk mencari barang tersembunyi dalam tempoh masa yang ditetapkan sebelum staff PEDi dan peserta memeriksa jawapan bersama-sama. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dan meningkatkan kreativiti IQ peserta dalam mengenali objek-objek tersembunyi di dalam gambar. Tambahan lagi, turut dikongsikan juga dengan “Klik dengan Bijak”mengenai bahaya penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: