Aktiviti Hujung Minggu – Kuiz Dan Teka Teki Bergambar

6 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 5 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program hujung minggu bersama dengan kanak-kanak tempatan. Dalam aktiviti ini, seramai 16 orang kanak-kanak berusia dalam ringkungan 6 hingga 13 tahun telah menyertai aktiviti Kuiz dan teka-teki bergambar. Aktiviti ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula pada pukul 3:30 petang ke 4:30 petang. Aktiviti dimulakan dengan pengkongsian mengenai Negara kita dan negeri-negeri yang ada di Malaysia. Setelah itu, peserta diberi kuiz mencari nama negeri yang tersembunyi. Setelah itu, mereka juga menjawab teka-teki bergambar yang memerlukan keaktifan minda untuk mencari objek tersembunyi dalam sesebuah gambar.

Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk membimbing kreativiti dan menggalakkan kanak-kanak tersebut untuk berfikir dengan lebih cergas, sekali gus berkongsi pengetahuan tentang Negara kita serta nama-nama negeri yang ada di dalam Malaysia. Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan waktu cuti hujung minggu dengan lebih berfaedah seperti kuiz dan mewarna bersama rakan-rakan sebaya. Para peserta muda turut dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Siber Buli”. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali