Kelas E-Learning Dan Stem IoT

22 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu 21 October 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas E learning dan menjawab kuiz online kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 8-11 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:30 petang sehingga 3:30 petang. Dengan menggunakan laman Nasa Kids Club, pelbagai permainan dalam talian yang berunsur sains boleh didapati. Permainan yang disediakan terdiri daripada pelbagai jenis, genre, tahap, tema, dan lain-lain.

Objektif pembelajaran ini adalah untuk berkongsi mengenai pengetahuan tentang alam semester dan elemen-elemen yang berkaitan dengan sains. Reka bentuk dan penyediaan permainan dalam talian ini juga ringkas dan menggunakan warna dan pendekatan yang menarik untuk menarik minat kanak-kanak belajar sambil bermain. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali