Aktiviti Hujung Minggu Senam Aerobik Dan Rengangan Bersama Kanak-Kanak Setempat

8 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 7 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program bersempena dengan cuti hujung minggu bersama dengan kanak-kanak tempatan. Dalam aktiviti ini, seramai 6 orang kanak-kanak berusia dalam ringkungan 6 hingga 12 tahun telah menyertai aktiviti senaman iaitu Senam Aerobik. Aktiviti ini telah berlangsung selama 30 minit, bermula pada pukul 2:30 petang ke 3:00 petang.

Aktiviti dimulakan dengan senam aerobik dimana para peserta menari dan mengikut rentak video senam aerobik yang sesuai untuk peringkat usia mereka. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk menggalakkan minat bersenam dalam kalangan kanak-kanak dalam bentuk tarian dan muzik. Selain itu, para peserta muda turut dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Siber buli”. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali