Kelas Aktiviti STEM - Blok Binaan Lego

12 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas Aktiviti STEM Blok Binaan Lego pada pukul 2:00 petang hingga 3:00 petang yang disertai oleh 2 orang peserta iaitu para pelajar Tahun 1 dari SK Taba Sait yang berkunjung ke pedi. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti. Peserta masing-masing menyiapkan bongkah blok binaan berdasarkan kepada buku panduan. Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu privasi anda tanggungjawab anda agar peserta tidak sebarang mendedahkan maklumat pravasi beliau kepada umum terutamanya media sosial. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali