Kelas Stem Iot – Pembinaan Roller Coaster Kertas

15 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa 14 November 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas Stem IOT iaitu membina Roller Coaster dengan menggunakan kertas kepada 9 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 8-12 tahun. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 4:00 petang. Peserta dikehendaki berada di dalam satu kumpulan yang terdiri daripada 3 orang. Kemudian, mereka diberi templat bahagian pembinaan roller coaster kertas yang telah diprint.

Setiap bahagian haruslah digunting, dan digam sebelum disambungkan menjadi satu bentuk binaan roller coaster yang lengkap. Objektif pembelajaran ini adalah untuk para peserta faham konsep binaan ringkas dan kepentingan bekerja di dalam satu pasukan. Kami juga turut mengongsikan “Klik dengan Bijak – Siber Buli” yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang aktif dengan media sosial. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali