Taklimat RMR Online Oleh Jelajah Temu SPNB

6 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 5 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bengoh dan Pihak Wakil SPNB telah mengadakan satu Program Taklimat RMR Online yang melibatkan penglibatan lebih kurang 30 orang peserta yang terdiri daripada warga komuniti Padawan. Program dimulakan dengan pengenalan daripada wakil dari SPNB mengenai tujuan Taklimat dan ap aitu RMR, iaitu Rumah Mesra Rakyat.

Objektif program ini diadakan adalah untuk berkongsi mengenai Kaedah Pelaksanaan dan Ciri-ciri Program RMR, ini termasuklah proses pemohonan dan syarat untuk memohon inisiatif RMR ini. Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Kami berharap agar setiap maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada setiap peserta dan kami pihak PEDi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SPNB dan komuniti setempat kerana sudi bekerjasama bersama kami.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali