Kuiz Sains – Bahagian Tubuh Kita

31 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 30 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kuiz Sains iaitu Mengenali Bahagian Tubuh kepada kanak-kanak tempatan yang berusia 8 ke 9 tahun. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:30 petang sehingga pukul 3:30 petang. Objektif pembelajaran ini adalah untuk berkongsi mengenai pengetahuan dalam sains iaitu “Bahagian Tubuh” dan juga kenali habitat haiwan ternakan serta haiwan liar.

Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu siber buli. Kanak-kanak generasi kini sudah didedahkan dengan sosial media dan penggunaan internet. Ini juga akan menyebabkan mereka terdedah dengan siber bulian. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali