Kelas E Learning Dan Menjawab Kuiz Online

13 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu 12 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas E learning dan menjawab kuiz online kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 8-11 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Dengan menggunakan laman Wordwall.net, pelbagai pembelajaran dan kuiz online dapat didapati.

Soalan-soalan yang disediakan adalah sangat menarik dan mudah untuk difahami. Kanak-kanak ini dikehendaki untuk menyelesaikan kuiz yang bertemakan “Kemerdekaan” dalam kuiz padankan dengan jawapan yang betul. Objektif pembelajaran ini adalah untuk menguji dan berkongsi ilmu mengenai pengetahuan asas tentang Negara kita, Malaysia sempena dengan bulan kemerdekaan. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali