Kelas ICT: Microsoft Powerpoint

28 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas Microsoft Office PowerPoint kepada seorang peserta daripada komuniti setempat yang bermula pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang. Kami membimbing peserta untuk menghasilkan slide presentation dengan pemilihan design slide, size perkataan, penggunaan font yang sesuai dan sebagainya. Kami juga turut membimbing peserta untuk pemilihan warna yang menarik minat penonton selain daripada pendedahan kepada animasi dan transisi di dalam setiap slide.

Di samping itu, peserta juga diterapkan dengan Modul Klik Dengan Bijak iaitu mengenai penipuan kewangan yang kerap berlaku sekarang agar beliau sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsi maklumat secara sewenang-wenangnya kepada pengetahuan umum serta jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya kerana ianya hanyalah sesuatu penipuan. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan mendapat manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali