Kelas Sains – Kenali Tubuh Anda & Origami Kapal Terbang

25 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa 24 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas Sains iaitu Kenali Tubuh Anda dan Origami Kapal Terbang kepada kanak-kanak tempatan yang berusia 12 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:00 petang. Mereka diberi kuiz padankan jawapan dan bahagian tubuh badan di dalam Bahasa English.

Kemudian, mereka dikehendaki membuat origami kertas kapal terbang sebelum ia diterbangkan untuk mengetahui rekaan mana yang boleh terbang dengan lebih baik. Objektif pembelajaran ini adalah untuk berkongsi mengenai pengetahuan dalam sains iaitu “Bahagian Tubuh” dan bagaimana rekaan bentuk kapal terbang mempengaruhi kelajuan serta keberkesanan ia untuk meluncur di udara. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali