Program Money Box Bersama Pelajar SK Taba Sait

6 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 5 September 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengikuti Program Money Box bersama dengan guru dan pelajar sekolah rendah dari SK Taba Sait. Program ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 2 petang sehingga pukul 4 petang. Program ini memerlukan para pelajar untuk mereka dan membuat kotak yang dikenali sebagai “Money Box”. Pembuatan Money Box ini diperbuat daripada kotak, kertas warna dan juga penggunaan peralatan seperti gam, gunting, pembaris, pensil dan marker.

Program ini juga dipantau oleh guru sekolah mereka daripada SK Taba Sait. Objektif program ini adalah untuk membantu para pelajar memahami konsep “Money Box”dan fungsinya. Mereka juga dapat mengembangkan kreativiti mereka melalui proses pembuatannya dan cara pembuatan yang betul sebelum dibentangkan kepada guru yang membimbing. Bimbingan dan pemantauan daripada guru yang bertanggungjawab amatlah membantu para pelajar tersebut. Kami dari PEDi berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali