Pendaftaran dan Permohonan Kad ‘Kenyalang Gold’

7 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 06 April 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah membuka ruang kepada komuniti sekitar PEDi Bengoh untuk pendaftaran dan permohonan kad ‘kenyalang gold’ yang bermula pada pukul 2:00 petang sehingga pukul 4:00 petang bagi membantu golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas untuk memohon kad ‘kenyalang gold’ seperti yang disarankan kegunaannya oleh pihak kerajaan.

Seramai seorang telah berdaftar pada hari tersebut. Tambahan pula, kami turut ketengahkan modul KDB iaitu privasi anda tanggungjawab anda agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat privasi beliau kepada umum terutamanya media sosial. Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian. terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali