Program Saringan Minda Sihat Bersama Guru SK Taba Sait

6 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 5 September 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengikuti Program Saringan Minda Sihat bersama dengan guru dan pelajar sekolah rendah dari SK Taba Sait. Program ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 2 petang sehingga pukul 4 petang. Program ini memerlukan para pelajar untuk mengisi maklumat peribadi mereka dan menjawab soalan tertentu dalam talian melalui laman sesawang “Saringan Minda Sihat”.

Program ini juga dipantau oleh guru sekolah mereka daripada SK Taba Sait. Objektif program ini adalah untuk mengenali tahap kesihatan minda para pelajar tersebut dan cuba mengenali jika pelajar sekolah rendah tersebut mengalami masalah kesihatan minda. Program ini telah dilakukan dibawah bimbingan dan pemantauan daripada guru yang bertanggungjawab dalam mengendalikan program tersebut. Kami dari PEDi berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali